MCA mungkin akan bertanding di semua kerusi yang sebelum ini ditandingi parti Gerakan di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.<br /><br />Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, secara tradisinya MCA hanya bertanding satu kerusi namun selepas Gerakan tidak lagi bersama dengan Barisan Nasional, maka wajarlah kerusi itu ditandingi MCA.
